Tuesday, February 08, 2011

2-mukadimah-langkawi .

Ghua mengikuti trip ke Langkawi untuk mengambil gambar perkahwinan antara Tuan Mazuwan dan Puan Shuhaida . Dah alang-alang ke Langkawi , kita kenalah enjoice juga ! 

Maka album pertama untuk luols tertangkap adalah dari hasil enjoice ghua di Langkawi bersama sahabat-sahabat dan Boss ghua .

Dan album itu akan ghua bagi pada entri yang akan datang . mukadimahnya untuk luols ,


1

Sebelum ghua teruskan mengisi laman ini dengan gambar yang banyak , ghua nak mengomel sikit . 

Ghua mula berkecimpung dengan gejala tangkap-menangkap dari tahun 2009 . Gajet awal yg ghua biasa gunakan hanyalah kamera yang dibina bersama telefon-telefon . Ghua dari sejak 2008 hingga kini hanya menggunakan jenama Sony Ericsson atas dasar bagusnya kualiti gambar yang ditangkap .

DSLR pertama ghua dan terkini cuma nikon D3000 . Ghua kini memasang hasrat untuk membeli nikon D90 mahupun D7000 . D3000 ni pula akan ghua convert kepada Infra Red Camera . Ghua pasang hasrat ni jika berjaya kurang-kurang hujung tahun ghua dah menggunakan D90 / D7000 .

Ghua tiada pengalaman dalam bidang seni . Mengambil jurusan sains ketika SPM dan budak Fizik ketika Matrikulasi . Berjaya mendapat peluang untuk berijazah di UKM di bidang Teknologi Kimia tetapi ghua gagal . Kini ghua mengambil kursus multimedia di UniKL , kursus yang ghua dipaksa untuk ambil . Ghua memang tak minat !

Setakat ini , ghua telah mengikut Boss ghua ke 3-4 majlis perkahwinan dan beberapa majlis kasual yang lain . Ghua seronok . Kalau nasib ghua on , ghua dapat la sikit duit minum teh o ais limau dan kretek . Kalau tak berapa nak bla , ghua akan dapat menikmati shisha percuma . Ghua tak kisah itu semua , kerana pertamanya ghua mentah lagi dalam bidang tangkap menangkap . Kalau tengok daging mentah yang belum dimasak tu , ghua kira level yang masih duduk dalam peti ais lagi . Dan , keduanya ghua seronok dengan aktiviti tangkap-menangkap .

Ghua tidak bercadang untuk menjadikan karier tangkap menangkap sebagai sumber pendapatan utama ghua , tetapi rezeki kita hanya Allah yang tahu . :)

Semoga kita berjumpa lagi di lain celotehan . Enjoice peeps !